Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT DATANG WAHAI TAHUN 2013

Semoga yang baik-baik sahaja yang menyusul ke diari baru keluarga mama Qimy.
Yang kurang baik mudah-mudahan dijadikan panduan dan tauladan.

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan dan kehidupan kami. Kami pohon keselamatan & penjagaanMu, rezekiMu dan kesihatan buat kami semua. Andai ada ujian buat kami,mudah-mudahan Kau kuatkan iman dan kesabaran kami untuk menempuhnya. Jadikanlah kami hambamu yang selalu mengingati dan menjalankan suruhan Mu. Mudah-mudahan kami berada dikalangan hamba-hamba yang Kau kasihi bukan hamba-hamba yang Engkau murkai. Ya Allah Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tempat kami mengadu dan hanya Engkaulah yang kami sembah dan Muhammad S.A.W. itu pesuruhMu. Terima kasih Ya Allah dan semoga rahmat Mu meliputi kami semua. Amin.

Buat Rasulullah Muhammad S.A.W. kami sayang dan cinta kepadamu. Mudah-mudahan kau mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umatmu yakni kami yang akhir zaman ini agar tak tersasar, terpesong atau tersesat menuju ke jalan Allah yang lurus ini.

Amin ya rabbal aa'lamin.

2 ulasan: