Selasa, 6 Januari 2015

JOHN NEWMAN : LOVE ME AGAIN^^

 
Dah lama peruk post ni
Dah out-dated pun..It's 2015 yallls!
First time dengar kat radio tak ingat hitz fm ke mix fm..
Suara tua tapi muda lagi orangnya.
 
Nihaa acik nak konalkan John Newman namo eyy..
Dio ni memang bawak watak tuo sobab minat genre motown
Uwan kau tahula dio kalo tanyo motown tu apo hik hik hik.
 
Super love this guy oppss this song hehehe
I dengan Qimy kalau dengar lagu ni tergedik-gediklah..
Papa tak join :) x minat lagu omputih,
So yeahh I tak macam uolls..hubby dedicates love song huhu
Yelah love song in English kan lagi romantic gitu,
Tapi dapatlah lagu2 cinta kan, oklah not bad hehehe
 
So  mana yang tak pernah dengar..tercari-cari siapa, there u go
Enjoy^^...standby leher tu ye kak jah :)
 
 
 
 

Khamis, 1 Januari 2015

SYUKRAN YA ALLAH: IT"S 2015 :)

Ok, gosok-gosok tangan..
warm up dulu..

Jiwa kena kental,
semangat kena lebih.

Ini bukan motto 2015,
ini permulaan bicara :)

will be continued :)

Belanja gambar^^ Throwback.
Wedding my sister aka maklam.
Err itu bukan my girl..anak i baru seketul hehehe

Rabu, 31 Disember 2014

ASAM GARAM 2014 : WELCOME 2015^^ - with humble voice :)

Hemmmm...
Itu je yang I boleh katakan for this year 2014.
Permulaan yang mendatar end up pun mendatar.

For me Alhamdulillah.
Dari segi kesihatan, syukur kami semua sihat anak-beranak.
Except last Saturday, Qimy jatuh ke lantai setinggi orang dewasa 5ft++ tall.

Ceritanya macam ni, Wancunya timang-timangla dia,
Style dia ni kalau orang timang dia akan stunt panjat sampai ke dada kita
then terjun ke belakang..makpak dia yang dah tahu ni memang dah standby muscle la
pegang mana-mana yang patut takut terlepas..
Yang Wancunya ni tak tahu, ha kau berdebuk ke bawah..
I cannot imagine, kalau bayangkan jugak aduh rasa nilu je..
Tak keruan dibuatnya, terus cepat bawak pergi hospital.

Finally Alhamdulillah, semua ok.
Takda lebam pun tapi macam benyek sikit tau dekat satu spot ni yang memang dia cakap sakit.
Lepas tu tang pinggang belah kiri tu macam sakit sikitla.
Selepas x-ray, nothing retak ke apa ke, semua baik..pheww!

Lain-lain semua macam biasa.
Kesimpulannya tahun 2014 ni tak berapa happening to me.
Kerja,financial, lifestyle, social life, family life emmm ok jela.
Tiada peningkatan sangat, menurun lagi ada.
Harapan sangat for this coming 2015...

Semoga ada sinar baru dan harapan baru untuk I and family, my husband and son.
I mean the whole..! family, friends, all that related to us.

Just recently lost bonding with people we love and care..who really close to us.
Unexpected...well, people change!
We help people sincerely, never wanting reward.
You happy with their achievement, at the end of the day, they forget you!
You are just a destroyer of their happiness bla bla bla
That's hurting....really!
For now,I will never say anything to proof I was right. This is not revenge.
No..that's not me..silence the perfect one.
You will notice someday. Not a big deal. You start it first. Why regret?

I just waiting for the sunshine insyaallah in 2015.
We forgive you..don't worry, but things will never be the same anymore dear :)

End of story..long to short; ada ku kisah!! :)

Ya Allah semoga kehidupan ku selepas ini lebih beriman,
lebih berjaya, lebih produktif, lebih bermakna, lebih rezeki,
lebih berduit (evil face wakakakaka mata duitan) lebih keibuan,
lebih keisterian (ada ke term ni? hahaha) what else??
Nak lebih maju, lebih anak, lebih kasih sayang dan menyayangi,

Insyaallah hopefully growing to better but with humbleness and iman in heart, amiin.
Allah Maha Mendengar, thank you Ya Allah dengan segala pemberianMU, ujianMu,
Semua itu untuk mematangkan ku, mengujiku, tanda kasih padaku..Terima kasih ya Allah.

Is that all!!!
Apart from my life, yeah outside my kepompong,
I do feel sad about tragedies happened in 2014.
The crashed planes and recently flood..really bad flood.
Ini semua ujian dari Allah untuk kita semua.
Hanya doa dan harapan mengiringi kalian.
I pun ramai kawan-kawan yang terkena banjir tersebut.
Deep inside my heart, I pray for you guys...the least I can do now.
Masing-masing ada ujiannya. The same for me.
Bad "flood" also in my career and life, only Allah knows..
Sama-sama kita tabah dan harungi dengan ingatan kita kepada Allah. itu jangan LUPA!

Panjang dan sangat rojak sebab all in one huhu.
Best wishes to all of you...semoga Allah bersama kita di perjalanan 2015 yang baru ini.

Never force you to read... :) peace!

** sebelum lupa..sorry sangat2 pada blogger abie shidah  yang invite I for Liebster Award..belum berkesempatan nak buat post untuk jawab soalan cepumas you..insyaallah for this coming 2015 ok :)

Jumaat, 12 Disember 2014

JERUK MANGGA ASAM BOY: MY VERSION WITH NO ASAM BOY^^

So tak bolehlah kita panggil jeruk asam boy kan..?
Sebab asam boy takda dalam version jeruk ni hehehe..
Agak dah lama nak buat post ni since jeruk asam boy ni meletop-letop kan..
Sangat sibuk..sibuklah sangat hehehe

Dah memang dalam list so kena buat jugaklah post ni.
Actually just nak share my version of eating jeruk yang terfamous tu..
JERUK PAK ALI...emm memang sedapla sangat,
The thing I suka jeruk Pak Ali ni, dia tak rasa acidic,
Selesa dimulut & selesa di perut..yelah dia pakai cuka epal,
So maybe sebab tula kot :)

Tapi if you follow my version memang 'kick' habis!

I sebenarnya bukan penggemar jeruk atau manga muda colek's geng,
Tapi sekali sekala pekena ok jah!
Tambahan pulak benda free kan.
Lagi sedap uolls!

Ala bukan tambah apa pun just few slices of cili padi..
macam gambar kat bawah ni, masuk dalam botol then shake shake..
Walah!! Siap untuk dimakan emmm kecur air liur...
Sure makan jeruk tak jadi boring,
Makin makan, makin pedas and makin nak lagi..
Cubalah! cewah!!



Jumaat, 14 November 2014

LAGU TERBANG TUNDUK BY FYNN JAMAL

Hari jumaat mesti nak buat post yang ke arah keimanan gitu :)
Sambil fikir apa nak bebel harini.
So suddenly teringat dua hari lepas dengar lagu ni.
Itupun junior officemate ni yang selalu pasang mp3 dia.
Dalam hati tu berkata-kata. Beratnya lagu ni.

Finally tergerak nak cari kat youtube.
First time hayati..WOooo..tetiba airmata pun mengalir...
Actually version LIVE kat THR youtube lagi best sebab live kan..lagi terkesan.
Tapi sebab nak you all hayati bait-bait lagu ni,
So here it is..Korang dengar, hayati, insafi...

Rabu, 12 November 2014

WARM UP DULU :)

Oh today takda dah wordless Wednesday ye.
Tergerak hati ni nak berblog kau layan je la hehehe..
Seriusly leka sangat melayan pinterest hehehe..
Cari idea kat pinterest konon for the blog.
Last2 tak kemana pun. So that's all.

So today  nak bagi korang layan lagu ni.
From Gary Jules "Mad World"
Tapi version Adam Lambert lagi best kot.
Disregard his sexual orientation, lets appreciate his voice :)
Boleh??

Selasa, 30 September 2014

SENARAI KEGUNAAN BAKING SODA YANG ANDA PERLU TAHU: I PUN BARU TAHU^^

Pure baking soda atau nama lain dia Sodium Bikarbonat ni banyak gunanya.
Bukan setakat buat kek dan biskut, untuk kesihatan and household in fact thousands uses of it.
I letak yang i pernah cuba la ye and still amalkan...hopefully bukan hangat2 tahi ayamla ye hehehe..

So let's check it out!

1) Sebagai peneutral bau hapak,bau busuk, bau ubat gegat ( in my last post kat sini)

2)Sebagai pemutih gigi dan antiseptic (letak sedikit serbuk baking soda pada berus gigi/berkumuh dengan air larutan baking soda).

3)Sebagai agen pemutih ketiks (ketiak)anda yang hitam?? (larutkan sedikit serbuk BS dan sental perlahan: mesti diamalkan selalu) bukan pakai sekali dah hilang ye :) kena rajin ko menyental.

4) Kalau anda kehabisan deodorant, boleh ambil serbuk BS sikit dan sapu rata bahagian ketiak. Confirm tak berbau. Jangka hayat sama macam u pakai deo.

5)Untuk menghalang buah yang dipotong kekuningan, rendam sekejap buah yang dipotong dengan larutan BS, toskan, simpan dalam bekas plastic then masuk dalam peti ais seperti biasa. (Buah yang cepat je kuning lepas potong macam epal, pear dan lai.)

6)Hilangkan bau hapak kereta: tabur serbuk BS ke semua permukaan kerusi dan lantai kereta. Biar seketika. Then vacuum semula serbuk tersebut. Walah! Jika menjadi amalan, kereta anda tiada bau hapak lagi.

7)Sebagai agen peneutral asid dalam badan. Boleh cuba sesiapa yang yakin. Just sebagai amalan: ambil setengah sudu kecil serbuk BS then larutkan sebati dengan secawan air, kemudian minum. Terpulang sebab I baru nak amalkan benda ni, I buat dua hari sekali, pagi sebelum makan. Boleh juga nak minum sebelum tidur tapi make sure 2 jam selepas makan ye. Kelebihan amalan ni ialah ianya menuetralkan kandungan asid dalam tubuh badan. Sekarang ni kalau terasa banyak dah makan makanan yang menyumbang kepada asid mesti laju2 gi minum BS. So in my mind macam ada agen peneutral gitu....haaaa lega :)

8)Sekali-sekala bolehlah cuba scrub muka yang dibuat dari perahan pati lemon dan satu sudu serbuk BS. Kulit akan jadi lebih bersih, tidak kusam dan lembut. Jangan ko sental bagai nak rak! Agak-agaklah kan. Ingat dulu seorang member, bagi cuba sabun kulit rambai. Konon nak hilangkan jerawat cepat, disentalnya bagai nak rak kat bahagian hidung die. Dahlah melecet bahagian hidung tu hehehe dah macam clown dah merah secotot kat hujung hidung dia...jerawat tak hilang prut pulak tak pasal-pasal.

Kalau you all nak tahu lebih banyak info tentang Baking Soda ni, rajin-rajinlah google. Just type Uses of baking soda atau why drinking baking soda and kalau join pinterest boleh jumpa 1001 kegunaan BS ni dekat ruangan household. Superlove!!

Kalau malas nak baca, pergi ke YouTube taiplah how to whiten teeth using  baking soda (sebagai contoh) nanti keluarlah macam-macam video tentang kegunaan baking soda yang kita pun tak pernah tahu pun. Tapi janganla ingat BS ni merbahaya sebab dimakan boleh, buat penyental boleh. Cam bahaya je kan..NO..ianya bahan semulajadi. Jangan risau.

Like I said, I cuma list down penggunaan yang I baru cuba je. So mak-mak boleh start explore sendiri pasni ok bye!