So ini adalah senarai penyakit yang biasa kami sekeluarga hidap,
except for the gastrik me and husband je yang ada.
Bukanlah bermaksud kami kerap kena penyakit ini.
Jarang sangat sebenarnya.
Dari tahun 2013 sampaila setakat tahun ni, baru kami anak-beranak
dilanda tiga serangkai ni; selsema, batuk dan demam.
Syukur kepada Allah makin pulih.
Well, penyakit ni pun bagus dan ada hikmahnya.
Lepas dah pulih badan jadi lebih sihat!
I dah stop gunakan paracetamol dan ubat batuk selsema to my family.
Selepas dapat info from other blogger mom yang i post tempoh hari,
terus stop dulu ubat-ubatan.
What i do as a mom, i just depends on Scott Emulsion dan Yakult.
Scottt for antibody and vit c while Yakult for good bacteria.
Tahu tak dalam badan kita ni ada berbilion-bilion jenis bakteria yang terdiri
daripada bakteria baik dan bakteria jahat?
So, dengan meminum Yakult, kita membekalkan bakteria baik yang menjadi
perisai kepada bakteria jahat didalam usus perut kita.
Go and check their website
www.yakult.com.my
To me Yakult sahaja minuman kultur yang membekalkan
probiotic bakteria hidup untuk kita. Lain brand i tak tahu.
Gastrik
Ok i ngn husband memang ada gastrik.(husband lagi kronik siap endoscopic bagai)
Tapi lepas kahwin gastrik dah jarang.
Orang kata sebab dah kahwin kot, makan pakai terjaga :)
Lain pulak halnya pada i. Kalau sebulan dua makan tak tentu masa, siaplah.
Lately, kalau makan lewat sikit lepastu makan banyak
mesti akan terasa macam makanan sangkut kat tekak
and perut kembung, nak sendawa je, kalau taknak pun paksa sendawa
sebab rasa rimas kat tekak. Orang indonesia kata asam lambung??
Maybe sebab dah puas google ternyata maklumat sering kali dari blog Indonesia.
Bagus ya orang Indonesia, rajin bangat mengupdate informasi :)
Yes...setiap kali sendawa akan ada sensasi masam ditekak ku huhuhu.
Ya barangkali inilah asam lambungnya huhu.
Tak tahula ini kesan dari gastrik yang teruk masa remaja dulu ataupun
ini kesan gastrik tahap dewasa huh! Dia dah tak main dah cramp kat perut.
Dia bagi asid masam kat tekak burppp!!
So, apa i buat??
1st - relax kan minda...steady.
2nd- kalau ada Yakult in hand, minumla 1-2 botol.
Kalau takde nanti pergi beli kemudian. MESTI cari!
Sebab tak lama selepas minum kita akan rasa lega.
Mungkin bakteria baik cepat bertindak :)
Itu je yang i buat sekarang. Kalau tak kena asam lambung pun
i minum je sebab sedap and maintain perut.
Kenapa minum Yakult?
-sebab nak bekalkan perisai menentang bakteria jahat! (kartun je bunyinya hahaha)
-bagus untuk pencernaan, bila sistem pencernaan bagus bererti tubuh badan pun sihat
-neutralkan sumber asidik dari pemakanan dalam tubuh badan kita (ingat asidik la punca utama kanser
boleh hidup dalam tubuh badan kita)
-membekalkan sumber vitamin untuk tubuh badan.
Kenapa ambil Scott Emulsion?
-sebab sumber omega-3, vitamin A & D, calcium & phosphorus
-untuk membekalkan antibodi semulajadi dalam badan.
-baik ntuk menghalang jangkitan kuman .
-menggalakkan pertumbuhan tisu, tulang dan gigi.
You all boleh tak kaitkan kebaikan kedua-dua item ni untuk lawan
penyakit 3 serangkai dan gastrik tu?
Lastly, kedua-dua item ni sangatlah murah. Memang tiada alasan untuk nak beli...
DAN YANG PALING PENTING SEKALI, Bacalah Bismillah dan berdoalah kepada
Allah semoga Allah memujarabkannya dan memberi kesihatan kepada kita :)