Jumaat, 8 Mac 2013

MAKANAN ROHANI KATA BUDAK OPISKU^^ JOM TENGOK!

Masyaallah kalau boleh nak download ceramah Prof Dr Muhaya.
Pastu nak bagi adik2 kat umah tu tengok.
Kepada yang bersedih, yang susah nak dapat rezeki,
adik-adik yang susah nak dapat kerja,
masalah rumah-tangga dan macam-macam masalah lagi,
Masalah! Masalah! Masalah!
Mari pinjamkan telinga jap kita dengar talk Prof Dr Muhaya ni.
Semoga lepas ni terbuka pintu aura-aura positif kepada kita.
Mudah-mudahan mendapat panduan.
Syukur kepada Mu ya Allah.
Masih bernafas lagi...

Selasa, 5 Mac 2013

TO MY DEAREST SON : OMEY MAMA PAPA^^

Takde new picture la dekat mama. Sume kat papa.
So yg ni jela ada pun.


Mama mintakkan hadiah kat papa ye^^

Isnin, 4 Mac 2013

MONDAY LYRICS: SELAMAT PENGANTIN BARU : ADIK IPAR DAH JADI SUAMI ORANG HEHEHE^^

Semalam adalah hari perkahwinan adik ipar
Mohd Zaini bin Mohd Haini dengan Nuranissa Bin Azmanshah^^.
 
Penat jugak maklumlah papa dan mama Qimy kena jadi orang kuat pengantin. Mujurlah berhabis majlis di rumah perempuan sahaja. Cuma DIY sikitla untuk hantaran dari kami pihak lelaki dan persiapan sarapan pagi buat lapik perut untuk tetamu rombongan pihak lelaki. Gambar tak ambil lagi dari adik so ada pic kat bawah ni je untuk tatapan semua.

Sempena MONDAY LYRICS terimalah lagu ni untuk semua especially to all pengantin baru kat luar sana. Be a good husband and wife and SPREAD LOVE^^

 Lagu : ^Selamat Pengantin Baru^ Oleh: Wann

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
oooo....
 
Ole-ole handmade from mama Qimy^^
Wedding bunting for Eddy and Anis^^


 

Jumaat, 1 Mac 2013

SCOTT'S EMULSION : SAMBUNGAN ENTRY LEPAS

Okey ...saja nak share kat u all.
Hari ni 1hb Mac 2013. Alhamdulillah batuk dah makin pulih.
Dah takde batuk terkokol-kokol di tengah malam dan hening pagi.
Tiada lagi gatal-gatal di tekak.
Kahak pun dah kurang. Dada pun dah tak sakit bila batuk.
Alhamdulillah syukur pada Allah.

Mama Qimy tak amik ubat batuk pun hanya Scott's ini je, satu sudu sekali every morning.
Sepatutnya for adults kena makan 2 sudu sehari 2 kali.
Tapi dek waktu pagi je yang ingat. Jaaadilah!!
Agaknya kalau betul2 ikut sukatan mesti lagi cepat baiknya.
Bukan apa, memang dah konsep mak-mak kalau balik kerja tu dah sebok kat dapur.
Mana nak masak, nak suap anak makan malam lagi haish!! tak menang tangan!
Sebab tulah!!
Konon2 aritu papa Qimy adalah beli madu kawan dia rekomen.
Madu Tualang?? tak tahulah madu jenis apa ni.
Harga sebotol RM 35 (dapat harga ahli).
Try makan sesudu. Suddenly..jeng..jeng...jeng..
Tekak den tetiba panas pastu perut rasa menggelodak!!
Esok pagi sakit perut yang amat sangat. Nasib baik membuang..legalah lepastu.
Tapi merodak dia tu macam senggugut tahap 10 fuhh!!
Ishh!! madu jenis apa nih!! Macam tak ori je!
Tu la ada kawan blogger cakap madu lagi baik.
Betul!! tak nafikan tapi susahnya nak cari madu yang betul2 asli.
Sekarang ni banyak madu campuran.
Susahkan nak cari madu sebab tu harga mahal dan payah nak beli.

Tu yang end up amik Scott's Emulsion.
Last2 cik abg xmakan pun madu dia beli tu. Membazir sungguh!
Ada pulak dia kata, ....bini tak suapkan? apa guna ada bini?
Oh ok!! yang abg duduk steadayyy baek kat sofa sambil main game pastu sambil
sengeh2 kat anak yang dok dalam WALKER (can see how he is really capable of taking that madu on his own) while bini awk terkial2 nak prepare food for dinner. SUngguh menggeramkan!

Sengeh-sengeh dah rasa bersalahlah tu!
Kadang-kadang small2 thing husband kenalah pandai urus sendiri ok.
Sian kat wife yg tak cukup tangan.



Khamis, 21 Februari 2013

NAK DEKAT SETAHUN MEMANG MACAMTU^^

ADUUUUUUHAIII !!!!

Rasa minggu lepas baru habis demam batuk selsema.
Pastu dah sihat. Eh mari balik penyakit-penyakit tu.
Adooii Qimy, letihlah mama macam ni.
Mengadu kat nenek dia..suudah!
Mengadu kat atuk dia...sudah!
Mengadu kat mak penjaga dia..sudah!
Mengadu kat kawan2 pejabat pon sudah..!

Semua cakap :

"Budak nak dekat-dekat setahun memang macamtu, macam-macam timbul. Biasalah tuuuuuu".

Lepas setahun sok, apa lagi pulak benda lain yang timbul. Pikir2 my mom dulu dengan 10 orang anak macam manalah dia handle. Ishh! Hebatlah mama.

Panjang tuuunye hehehe. Petang ni nak pergi klinik lagi. Yelah dah cirit-cirit macamtu pastu demam kejap panas kejap kebah, pening dibuatnya. Eloklah pergi kan. Mana tahu betul2 penyakit serious..mintak Allah jauhkanlah.





**Dah 3 minggu tido malam tak lena..huaaaaa!!