Jumaat, 30 November 2012

ENTRY MASAK MEMASAK

Seronok tengok blog orang ada je terselit entry masak2.
Tapi bila dah masak dan dah hidang, sibuk sendukkan nasi,
sibuk tuang air langsung lupa nak snap gambar.

Maybe 2013 menjelma barulah ada entry masak-masak ^_^
Ehhh...dah hampir nak masuk 2013 kan?
Pejam celik, celik pejam..pantasnye masa berlalu..!

Khamis, 22 November 2012

MITSUBISHI MIRAGE MICROSITE WOW!!

SMALL IS MORE!!  

Need i say more.
Really handsome and sleek on its own.


Pakcik sebelah rumah  :  Mirror! mirror! on the wall which one is the best of them all?
Cermin rumah dia        :  Beyond the one in your garage also the one next to yours (uhuks!uhuks!),
                                        New Mirage THE LATEST you should WOW!
Pakcik sebelah rumah  :  How dare you mirror, I should trade you now! Hahaha.
Cermin rumah dia        :  Well if that is what you wish, i'm really really happy, for i can't stand no
                                         more your smelly feet. Chit!!
Pakcik sebelah rumah  :  Bedebah punya mirror!!


(hahaha...dah mengarut aku ni sejak2 Qimy kat rumah nenek die huh!)



Jumaat, 16 November 2012

CHECKLIST NAK MASUK U (VERSI MAMA AQIMY)

Alhamdulillah, ada gak rezeki adik aku yang ke-7 si cik ena nak masuk U. Dia ni budak Science tapi dah penat nak amik 4 serangkai tu last2 course accaount jadi pilihan. 2 kali merayu last2 kali ke dua dapatla tawaran buat Diploma Account kat Uitm Alor Gajah. Aku ni dah masuk alam mak mak dah tak ingat dah rasanya camne nak masuk U apa nak buat , apa nak prepare, so kat sini sambil2 refresh untuk si adik bolehla sesapa nak buat guide pada list aku yang tak seberapa ni kan. Actually aku taknak dia repeat benda2 mistake yang aku buat mase memula masuk dulu (berat ko nak mengangkat segala barang naik tingkat 4 xde lif plak tu aduhai)..hehehe those days!

Okla tak nak buang masa jom tengok list.

Dokumen nak bawak

  1. Borang yang perlu diisi.
  2. Borang daftar kat online diprintkan. (Buatla 2 copy incase nk guna)
  3. IC Buatla 5 copy
  4. Sijil2 asal DAN salinan2nya (buatla 5 copy jugak setiap satu-senang nanti xdela sebok nk potostat). Kalau boleh sume set sijil2 tu dah disahkan oleh guru besar atau ketua kampung.
  5. Medical check up
  6. Buku Bank (buat la salinan 2 copy kotla nak guna-muke depan jela xkan satu buku kot hehehe)
  7. Slip Bank draf ke hapa ke (sebab biasa yuran kena bayar kat bank dulu)Bukti pembayaranla.
  8. File Folder untuk pudatkan sume2 dokumen tadi, senang sume in one place tapi janganlah cuai sangat ko sedey sedeykan, pudatkan sume dalam beg cari beg tote ke beg panjang ke, jgn beg balik kampung sudahler (malu ayong nak jalan sebelah hahahaha). Apa lagi?? NEXT!!

Peralatan nak bawak

  1. Toiletries (Sabun mandi-bawak yg shower foam je senang, berus gigi, ubat gigi, syampu, deodorant, bedak, facial wash etc,etc.-nasihat aku kalau kita nak budget yela nak masuk U ni pakai byk duit jd kat sini kita dah boleh berjimat; belilah yang kecil2 je murah sebab kt sana nti ada je koperasi boleh beli kat situ, murah dan tak berat beg.
  2. gayung/cebok mandi, baldi biasa 1, berus basuh kain, hanger baju, penyapu, (yang ni optional xwajib sebab kt koperasi die pun ade jual. Tapi klu mls2 nk fikir beli jela siap2, beli yg wajib2 je dulu.)
  3. Seterika (yang ni WAJIB).
  4. Atas dasar2 keselamatan benda ni x wajib tapi bawak jela incase kan; wayar extension.
  5. Eletrik kettle/jug (xwajib tp klau ade ok sb kat hostel kengkadg ade water filter yang sejuk panas tu.
  6. Bantal sebijik +bantal busuk eh! ad ke hehehe. Selimut satu udahler.
  7. Sepasang Selipar jepun- WAJIB senang nk g tandas mandi.
  8. Alat makan-recommended cari yang ala2 mug stainlessteel bertutup tu tapi besar sikit dari mug, yang ini senang kalau2 nak masak maggie ke so 2 in 1.Pinggan sebijik, sudu & garfu.( sume ni xwajib kalau korang memang bergantung penuh pada prinsip "BELI BUNGKUS JE UDAH!")
  9. Stok makanan untuk nak masuk ni beli yang wajib jela macam 3 in 1 dengan biskut maggie cup 1-2 dahle. Simple2 je sb kat sana pun ada koperasi/kedai untuk korang beli. (yang ni xwajib sgt pun sebab korang sebok orientasi pastu U kasi ko makan 5-6 kali sehari tuh! Balik bilik penat tido je kesudahannya.Nak2nya si cik ena yang berdiet memanjang tuh.Haram die nak cekik malam.
Dah kot list yang ni, NEXT!

Pakaian nak bawak

  1. Pakaian wajib masa orientasi (ikut U la, kalau Uitm ni die suh bawak baju kurung putih dengan kain hitam. Kalau baju sekolah elok lagi gunala balik apa salahnye tak payah membazir. Pastu riki-rikila kakak2 korang yang ade baju kurung kain hitam yang diorang tak pakai sebab baju tang ketiak terkoyak kan hehehe.Macam aku, aku memang ade kain hitam nk bagi dia. JIMAT!
  2. Baju kurung kalau dok Alor Gajah tu bawakla banyk sikit cam 10 ke 15 lai ke (cam banyak je, macam x balik2 pastu kan). Kalau aku dulu umah aku kat Banting kampus kat Gombak, tiap2 minggu balik, so takpayahla bwak baju krung byk, bawak sikit2 (xde keje cari keje hehehe).Lagi pun baju kurung xbyk masa tu so buat baju baru sikit2la.
  3. Tracksuit bawakla dua.
  4. Jeans dua
  5. Blouse dua (optional)
  6. Tshirt 3 (1 panjang-2lengan pendek)+inner incase kena cover the aurah kan.
  7. Baju tido/baju kelawar
  8. Telekung+sejadah
  9. Tudung aneka corak warna bawkla 10 lai ke.
  10. Towel badan/muka
  11. Kasut hitam (flat ok)+stokin
  12. Kasut sukan.
  13. Beg nak pg kuliah.(xwajib pun sebab ade beg subsidi U bagi tapi ade cop orientasi la^^ kalau bebudak lelaki ni tak malu sikit die belasah je pakai gi kuliah sampai lunyai hehehe) 
  14. Update: Lupa nak pesan, barangan dalaman make sure cukup stoknye^^ yang tula yang kacamata ngn hok tiga segi tu....eh ade tau kes terlupe/tertinggal jangan tak tahu. Mana nak gagau! Alamat togel jela. Tuhan je yang tahu hahaha.
  15. Update lagi: For female la kan, make sure bawak bekalan P**s dan Pan*******s mencukupi (WAJIB bawak stok sebab penat woo orientasi. Bile penat confirm heavy flow either u are piri or not both are the same situation. Faham kan.
Rasa macam dah kot.

**Baju2 ni xkisah sgt sb waktu lepas orientasi akan ade byk gerai2 jual baju, tudung so xpayah risau, pastu confirm lepas merdeka orientasi korang pun perlu ke tak berdedai-dedai ke pekan atau bandar terdekat dengan kawan2 baru. Paling best klu dapat kawan ade kete. Hem jauhla perjalanan shopping korang. Stok pakaian yang korang nak bawak tu ikutla kemampuan BEG BALIK KAMPUNG korang ye. Kalau beso, bykla boleh bawak.. Opps! lupe pulak! Persiapan ni untuk female la, so kalau ade adik2 male yang nak ikut guide ni tukor jela ye pepandaila.

So kepada adik2 kat luar sana yang dapat panggilan ke Universiti, tahniah ye. Nasihat mama qimy kat sini study smart. Jangan study follow orang. Apa yang terbaik untuk kita, teruskan jangan ikut-ikut orang. Jadikan diri kita ni seorang yang ada prinsip. Ada tips lagi ni tapi c u in next entry la. Dah penat menaip nak layan NAJWA LATIF kat youtube plak jap^^


update: Lupa nak tambah kat list - 16. Kain dalam (Cik Ena boleh lupa nak bawak sebab takde dalam list katanya so terlupa. Boleh pulak macam ni ye!) Haru betul! Kalau masuk UIA siapla kena haruk dek kakak2 committee (those days hui hui hui) seriously janganla tak pakai kain dalam ye adik2 nanti nampak yang kat dalam2 tu dah tak jadi brother2 kt U tu nak usha awak. Diorang tu nampak je gile2 tapi nak cari awek yang sopan je!

Isnin, 12 November 2012

Demam+Batuk+RadangTonsil+Sakit Gigi= ALL IN ONE PACKAGE!

Itulah pakej menang menang untuk bulan November untuk den sekeluarga. Si kecik dah baik. Sekarang turn mama dengan papa dia pulak. Huhuhu... kepala pun berdenyut-denyut ni ditambah pulak dengan sakit gigi dua2 belah kiri dan kanan berlubang! Harus ditampal kekdahnye ni huhuhu..

Seriously! perlu ke entry macam ni...(yang lain abaikan la ye, ini pun konsep terapi gak ni ala2 melegakan sebab dah share kat blog-yela orang ade blog kan hehehe)

Rabu, 7 November 2012

SUSPEN JE NI FOLLOWER MENAIK TAK HEHEHE (First time beb!)

Is that matter?? Matter la pasal kalau follower ramai maka ramila kawan2 and barula blog ku ini terasa wujudnya di dunia online ni. Satu lagi can share MANY MANY THINGS..share cerita, share pengalaman, share resepi, share lubang tambahkan pendapatan kaaannn...u know$$.

The best part is, kita saling kenal mengenali walau hanya di alam cyber tapi ikatan tu macam konsep jiran kat sebelah rumah gitu. Walau jauh dimana, terasa dekatnya di hati^^.

Selasa, 6 November 2012

SEGMEN 2: TERJAH, FOLLOW MENAIK!!!

Tak pernah join segmen menaikkan follower ni. Bagus juga ada orang nak buat boleh join sekaki untung2 ramai kawan2 blogger pasni^^ hehehe.




Sape nak join segmen ni sila klik kat sini
 http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/
Nanti bolehlah naikkan follower u all jugak

                      Tag

http://cikdania.blogspot.com/
http://missatie10.blogspot.com/