Sabtu, 23 November 2019

BAGAIMANA NAK HILANGKAN KESAN HITAM/DAKI KETIAK?

I percaya ini masalah sejagat hahaha.
Mesti puas mencari krim, bedak ke or anything yang dikatakan boleh putihkan ketiak kan kanπŸ˜…..gigih!

I pun macam tu jugak.
Entah macam mana dapat idea, alhamdulillah dapat hasil yang pretty awesome.

Bukanlah putih berseri, atleast cerah dari biasa, looks clean and fresh and reducing bad odors (faham-fahamla, kalau masam ok lagi, ini bau pahit tengit) aduhaiπŸ˜‚

So macam mana?
Dua barang je.
Lime or lemon.
Pumice stone(Senang nak dapat di Watson atau Guardian).


Biasa i buat waktu i tengah pakai hair conditioner.

Sediakan potongan lime atau lemon, then gosok-gosokkan ke permukaan ketiak.
Biarkan seminit dua, then ambil pumice stone. Sebelum gosok, letakkan sabun badan pilihan you all kemudian gosoklah secara gosokan yang sederhana sebab jika terlalu kuat boleh melecet. Kemudian bilas.

Untuk permulaan buatlah sehari sekali setiap hari. Kenapa tak buat setiap kali mandi setiap hari? Like i said, kulit diketiak kita ni lembut, takut melecet. Moment of truth bila you spray-deo your ketiks or sapu deodorant adoiiiiii!!! Pedih babe wa cakap sama lu hahaha.

Just nak share my favourite deodorant. I suka pakai deodorant spray Gatsby Lime. My cousin yang recommend. Bagusnya macam kurang menghitamkan ketiak like other deodorants. Bau sangat fresh and sejuk je ketiak hehehe Tapi you all, payah nak cari. So far Giant supermarket tak pernah mengecewakan πŸ˜„

Kalau dah biasa buat maybe 3-4 times a week (with lime,lemon) dah cukup. Kalau malas sebab ketiak dah cantik kan hahahaha just guna pumice stone dengan sabun je. You all akan dapat rasa ketiak semakin bersih dan cerah. Teknik ni sangat mengurangkan bau ketiak. Bau tengit pun dah kurang melekat kat baju.
Selamat mencuba.😍😍




Rabu, 20 November 2019

2019 : IT'S NOVEMBER! BETTER LATE THAN NOTHING

Memang dilema bila kita dah stop menulis di blog kemudian nak menulis semula :(
Banyak benda berlaku and idea yang terlintas untuk dikongsi, tapi niat tinggal niat, blog makin bersawang hahaha!

Especially ada pula tips yang nak sangat dikongsi sebab berjaya, berkesan pada diri sendiri...well...semua punca malas and tak sempat ada me time. Anak-anak makin membesar dan menuntut perhatian.

Slowly dapat juga masa sebab now anak-anak I dah besar. Boy 7 tahun, girl 4 tahun. Next..emmm hehehe baru tidur nak cukup hahaha! 

So maybe  now is a good start for 2019...better late than nothing kan hehehe. 






Khamis, 15 Mac 2018

THE BEST FAMILY PLANNING^^

Assalamualaikum.

Today I nak cakap sangat pasal family planning ni in terms of  nak tambah ahli keluarga.
So saat ni ada la masa sikit nak taip blog.

Bila bercakap soal nak tambah ahli atau anak, kita pasti akan mengambil kira soal
kemampuan dari segi kewangan, kemampuan emosi dan tenaga fizikal kita.
Meskipun Allah kata setiap yang lahir ada rezekinya, kita masih meragui.

To me, I agree that every child born has rezeki from Allah.
Tapi I meragui my capability of handling my kids.
Dengan kita bekerja, selalu penat, letih sangat.
Dua anak kat rumah ni pun dah cukup tak menang tangan hehehe.

My time with husband pun agak limited.
Selalu kena 'tinggal' tengok tv sorang-sorang because I fell asleep with my children.
 while I should only put them sleep.
As time goes by, my husband become more relax and getting used with that " sori yang I tertidur huhu" I penat mawar this and that qimy this and that :) macam tulah alkisahnya! hehehe.
So hati tu memang nak tambah, tapi dilemma u know...

Until yesterday...
He spoke something that blowing my mind and made me thinking that I should not be selfish over my kids. Who is he? He is our dealer. His name is Lim or I call him Mr Lim. A Chinese guy and really close to my boss. He is very friendly and a family man obviously.

"Maya, you berapa orang anak?"
I said I got two children.
"You tak mau tambah lagi ke, make it three". I smile.
I said I couldn't afford physically. I've always tired and taking care of two are pretty exhausting.
(Well...is not that I complaining. I'm so grateful for that rezqi definitely!
He said, 'today, you must have at least 2 kids but 3 is the best (he said based on financial aspect but honestly he prefer 5 !)

Why? Kenapa?
Because if you have one child, you're not being fair to your child. You will make him/her feel lonely all the way long until he is getting old, he doesn't have sibling to share any great moment. He play alone while you're doing chores and so on.

He will live alone the rest of his life. That was deep indeed. I don't want you to feel regret. Why not   you go for number  3. You can take my advice or just forget it. It's up to you.

You must sacrifice for the sake of goodness. Imagine when hari raya, they will rotate amongs them and you as a parent later will feel grateful for that.

That is so thoughtful.
Now I hope husband can come home early for family planning strategy hahaha. No really I mean it.
Kawan2 jom kita pakat tambah. Berkorban demi anak-anak and hari tua kita besok.

My mom yang anak 10 orang tu pun kadang2 rasa lonely sangat sebab adik2 yang last semua dah keluar belajar, ada yang kerja. Apatah lagi dengan I yang anak dua orang ni.

So I nekad, biarpun penat I redha. Thank you Mr Lim for the brilliant thought I guess.
I want to post it on Facebook but I cancel it. I don't want to hurt anyone. I know getting one child is not like easy-peasy. It's a hard effort and the rest is up to Allah our Creator to give. So let it be here in my personal blog. Sesiapa yang sudi baca atau terbaca harap mendapat manfaat :)

Mari buang perkataan penat dan gantikan dengan senyuman seikhlasnya untuk anak-anak. They will do the same to you later insyaallah. That's all for now :)



Isnin, 26 Februari 2018

2018 : HARAPAN & CABARAN

2018



Alhamdulillah syukur kepada Allah.
Masih lagi diberi peluang untuk hidup dan lihat
suami tersayang & anak-anak membesar didepan mata.
Masyaallah betapa nikmatnya.

Masih lagi dapat melihat baba dan mama tersenyum.
Masih dapat lagi bermesra dan bergelak ketawa
bersama adik-beradik. Tak lupa juga mertua dan ipar duai.



Alhamdulillah, syukran kabiran ya Allah.

Harapan...

-Teringin nak tambah anak lagi seorang insyaallah.
-Teringin nak kurus hehehe. Gigih ber tabata hehehe.
-Teringin nak jadi mom-work-at-home huhuhu :)


Cabaran...starting this year!

-Anak first dah masuk pra-sekolah. (Masa dah fixed sebab amik van sekolah) huhu.
 Cabarannya every morning kena bangun pkul 5 am sediakan pakaian untuk sekolah dan taska, 
 kejutkan Qimy about 6.15 am, then van sekolah pick up about 6.40 am and the chores go on with
 preparing Mawar's bento, her clothes kat rumah pengasuh, mandikan dan siapkan Mawar and so
 on, and so on lastly bersiap sendiri untuk ke office phewww...cabarannya is making yourself ready
 and on time!!! So far so good ! :)

-How to wean Mawar off brestfeeding...jalan buntu huhuhu.
 Yang ni paling mencabar, puas dah macam-macam, yang pahit pun relax je dia. Satu lagi cara
 tak try. Letak cili huaaaa(ini idea papa dialah ni) mahu pijar adoiilaa..So now masih bertabah lagi..
 Macam mana nak planning new baby adoiii..

For this time around inilah harapan and cabaran yang I harus hadapi
and really want to have insyaallah.
Walaupun tak banyak tapi you tahulah nak achieve to memang susah.

Jumaat, 10 November 2017

BAGAIMANA NAK HILANGKAN SAKIT SELEPAS CABUT GIGI-PART 2

AAADOILAAAAHH... :( :(

Sakitnya gigi selepas cabut ni.
Dah 15 hari gigi masih terasa sengal dan sakit.
Tapi hari yang ke-16 ni rasa kurang sikit dan gusi semakin bertaut.
Actually hari yang ke-16 ni  nak pergi jumpa doctor gigi tu semula.
Sebab rasa macam ada gigi tak habis cabut.
Tapi rasa dah makin ok kot..
Entahlah...

Sebenarnya nak cerita macam mana hadapi hari-hari yang sakit tu.
Ini kira macam throwback la kan.
Mana tahu ada antara you all yang hadapi macam I can do what I did
to reduce the pain...sakit kalau dah menyerang tak hilang beb!

Macam-macam I buat untuk kurangkan sakit.
Kemam Listerin few seconds, berkumur air sejuk, air suam,
berus gusi yang sengal secara lembut, letak minyak angin pada gusi.
eh!....so many tricks I did! Memang melegakan tapi tak lasting..sat je dah sakitttt balik.

Last sekali I teringat few years back I cabut gigi di klinik yang sama.
Pada masa tu gigi I dicabut oleh seorang doctor wanita berbangsa singh.
Doktor tu agak berusia dan cara dia cabut gigi tu memang sangat berbeza.

Firstly, cara dia bius tak sakit langsung. Biasanya doctor akan bius sekali diluar gusi
dan sekali didalam gusi (yang ni gila sakit!).
Tapi doktor ni cara dia lain sangat. Dia bius sikit2 area sekeliling gigi yang nak dicabut.
Tak silap I dalam 4 tempat dia bius. My case masa tu dia minta permission untuk belah
sikit gusi I sebab gigi terpatah x dapat cabut habis.
Lastly dia macam masukkan sesuatu macam serat warna coklat kat dalam gusi
I yang dah berlubang tu.

Well semasa bius masih ada memang tak rasa apalah.
So bila dah dekat rumah, bius pun dah hilang, I check tengok gusi I dipenuhi dengan serat tu.
I usik dengan lidah and rasa macam cengkih tau.

source from : Google^^
Tapi memang gigi dan gusi takdalah berapa sakit. Benda serat tu memang ada je kat dalam lubang
and dia akan hilang sikit-sikit sekali waktu kita makan atau minum.
Habis je benda tu dalam gusi I maka dengan serentaklah gusi pun bertaut. No pain at all!!

So I pun terfikir mungkin benda macam cengkih ni boleh kurangkan sakit gusi berlubang atau yang dibelah. Memang doctor ada belah sikit gusi I sebab susah nak cabut gigi kekal ni.

I pun cepat-cepat ambil cengkih dan tumbuk sampai lumat. Then I letak sampai rata cengkih tu ke dalam gusi. Masyaallah..ianya memang berkesan. Makan minum pun jadi selesa sangat.
Sakit berkurangan dan hampir tiada, tidur pun tak terganggu.
Bila dah kurang and hilang cengkih tu, I sumbat balik.
Sensasi berangin dan sedikit kebas-kebas tu yang buatkan kita selesa sebab dah tak sakit.

Itulah perbezaan doctor yang lama dan berpengalaman. Kebiasaan doctor bubuh kapas je untuk tahan darah. Sadly masa I nak cabut tu I tanyalah doctor singh tu ada tak? Rupanya dah pencen huaaaa...
Tu yang jadi lagu ni hehehehe.

Selasa, 24 Oktober 2017

BAGAIMANA NAK HILANGKAN SAKIT SELEPAS CABUT GIGI-PART 1

source : from google^^
Whoaaa... lamanya tak blogging :).
Idea tu ada, masa je takda, then lupa..gone.

So yesterday I pergi cabut gigi (finally!!)
Last few days, makanlah steak dekat kg baru.
Sekali tergigit part yang keras betul tepat kat gigi berlubang tu.
Perghhh perghh sakitnya Ya Allah..
I rasa mata juling sekejap hahahaha
So that's it!! Jom kita ke klinik gigi!!

Like usual, I memang prefer ke klinik government.
No beb, bukan sebab I kedekut nak jimat, no!
I don't know, my assumption is kalau government ni
they will be responsible if anything happen.
I don't mind waiting, syukur dapat bos baik hehehe..
Tapi pengalaman I tak pernah pulak tunggu berjam-jam.
Dengar cerita ada je klinik swasta yang kena menunggu lama.
Tapi yelah I memang tak pernah dapat layanan buruk.
Service pun terbaik!! Good Job!

So here I just nak share my way to reduce the pain after your tooth being pulled out..Ouch!!

1) Tuamkan ais or you can put cold water in a small bottle dan tuamkan sekitar pipi, dagu, telinga dan leher. Memang sangat menyenangkan. Kalau dapat botol kaca lagi bagus.

2) Letakkan minyak angin like minyak cap kapak ke atau yang latest ni suka sangat..minyak angin Freshcare dekat sekitar pipi, dagu, telinga dan leher sebab kawasan ini yang paling tegang dan bila you letak minyak rasa urat2 kendur dan nyaman. Kadang-kadang I letak sikit dekat sekitar gusi..ahh lega betul.

3)I just found out this trick this morning ; berkumur dengan Listerine and kemam about few second.
Resultnya..? Walah!!! memang melegakan.

So I think yang ni je yang sedikit berkesan selain makan panadol or any ubat tahan sakit. Seriously, kali ni sakit cabut gigi paling tahap terhebat!! Tak boleh tidur langsung. Masa cabut memangla tak sakit, tapi once ubat bius dah hilang hemmm..menangislah menahan hehehe..


Lastly I wanna say thank you so much husband sebab tolong I jaga anak, masak sume hehehe...

Selasa, 3 Oktober 2017

SAYA TIADA AKAUN INSTAGRAM : TAK HIP YA?

sumber google^^
Sejujurnya ya saya tiada akaun instagram.
Rasa macam cukuplah ada facebook, Pinterest dan blog.
Facebook pun tak terlayan apatah lagi yang tengah hipster la ni INSTAGRAM.
Twitter jauh sekali beb!! hahaha.

I know the benefits memang banyak especially untuk yang nak berniaga.
Yang nak cari kawan, bersosial atau nak tunjukkan personal statement
about fashion, music or anything kan.
Katanya melalui instagram segalanya lagi pantas and sometimes
let pictures tell the story :)

Faktor usia kot hahaha.
Tapi tak jugak.
Lately my mom mengadu nasibla.
Adalah kawan dia ni dulu suka sangat memasak.
Bilangkali masak dia akan suruh kawan-kawan datang makan sama.
Sambil makan sambil berborak-borak & bergurau-senda.
Tapi segalanya berubah selepas mempunyai tablet and tahu menggunakan Facebook.
My mom cakap dia ni terang hati. Senang nak belajar.
My mom pun terangkak-rangkak hehehe.
So now, no more cooking. Kalau datang rumah pun tak macam dulu.
Tablet is always at her hand 24 hours.
Eh melalut...

I rasa media social ni kadang-kadang mengkhayalkan..melekakan.
I ni jenis cerewet dengan anak.
Bukan cerewet apa..ok contoh kalau bagi food pegang kat tangan, ok kalau dah habis
mesti make sure dia cuci tangan, lap tangan..camtu.
so memang mata ni ke anak ajalah kalau cuti.
Masak mengemas tu memang wajibla.
Kalau cuti lepas lunch tu ok kalau anak berpeluh-peluh, baju comot dll.
I mesti nak mandikan sebelum tidur siang...
So rasanya bila masa free I hehehehe..

To be honest..i miss sangat my blogwalking rutin and really miss insan-insan blogger
yang I follow blog diorang. Kadang-kadang takde pun latest post...huhuhu sedih.
Walaupun kita bukanlah kenal u know, tapi rasa dekat rasa macam kenal sangat.
Kadangkala ada penulisan yang lucu and informative, creative and unique in many ways.
Semua tu pengubat hati yang muram, bosan..I ni jenis tak layan novel dah, dulu time study sukalah..tapi kalau penulisan blog I sanggup baca walau berjela pun hehehe.
Ibarat macam whatsapp dan surat. Surat is cara lama berhubung. Tapi itu yang ada sentimental value.

No judgement tau hanyalah coretan sahaja. :)